Monday, January 31, 2011

Khasiat Madu Iran



Perbezaan Madu Iran berbanding Madu Asli Tempatan dan Madu Import yg lain ialah :

1. Di utara Iran ini terdapat empat (4) musim iaitu musim luruh, bunga, panas dan sejuk. Kualiti bunga yang banyak dan bersaiz besar. (Jika anda biasa dengan Cameron Highlands, tentu anda dapat melihat jenis bunga di kawasan tinggi tersebut).

2. Di Negara kita purata hujan turun adalah tinggi, ini bermakna kandungan air di dalam madu kita lebih tinggi, iaitu lebih daripada 20% kandungan air. Manakala Madu Asli Iran ini, kurang daripada 15% kandungan air.


3. Jenis lebah gunung ini (ukuran saiz sebesar ibu jari orang dewasa)dikatakan seekor sahaja yang mengigit manusia boleh membawa maut. Lebah ini membina sarang-sarang di atas tanah yang kelihatan seperti busur-busur kecil. Manakala lebah di Negara kita (lebah hutan) membuat sarang di pokok-pokok tinggi dan madu yang dihasilkan lebih 'panas' dan kuantiti madu juga tidak banyak untuk satu sarang. 'Panas' atau 'sejuk' sesuatu madu sangat bergantung kepada jenis bunga yang dihisap.

4. Madu Asli dari beberapa Negara seperti dari Australia, N.Zealand diperolehi dari lebah yang dibela dalam cermin besar dan lebah-lebah ini menghisap makanan yang telah ahli sains cipta. Tentunya kualiti madunya tidak sama walaupun dicampur dengan sebarang bahan kimia atau gula merah dan sebagainya. Madu ini dapat dihasilkan dengan banyak dan terdapt di pasaraya.


5. Warna Madu Asli Iran ini lebih kehitaman, di mana kandungan bahan mineralnya lebih tinggi tetapi ada juga sebahagian madu asli tempatan yang kelihatan kehitaman tetapi ianya mengambil masa bertahun untuk lebih 'gelap' (pertukaran enzim-enzim dalam madu).

6. Iran adalah pengeluar madu lebah yang berkualiti dan ada banyak jenis madu tetapi madu dari kawasan pergunungan Khonsar ini diiktiraf di Negara Iran sendiri antara madu yang terbaik dari madu-madu dari negeri lain di Iran, malah ada madu yang dikeluarkan dari luar Iran (Negara timur tengah) juga ada yang mendakwa madu mereka dari Negara Iran.


7. Bunga-bunga di kawasan gunung yang tidak tercemar tentunya lebih bersih dan bungaan yang besar dapat menghasilkan jumlah madu yang banyak dan pengusaha ini turut mengeksport ke banyak Negara, termasuk Eropah.

No comments: